BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 9, 2011

Saya yang suka curi sikap-sikap positif dari kamu, dia dan juga mereka

Pada zaman kanak-kanak tak kira anda seorang perempuan atau lelaki sudah pasti sekurang-kurang sekali anda pernah membuat BIODATA diri sendiri. Ia pasti ditulis di muka hadapan personal diari atau buku autograf bila dah hujung tahun mesti kita saling tukar menukar just in case kalau berpindah sekolah,habis UPSR or maybe habis SPM sekalipun. Setuju??? yeah...da tahu jawapan anda*mesti tengah tersenyum simpul mengenang kat mana la peginya buku tu*. Disitu proses mengenal diri sendiri telah bermula dimana kita mula berfikir apakah fakta-fakta yang ada dalam diri kita sendiri. Kanak-kanak adalah sangat jujur, anda semua memang tidak akan terfikir untuk bohong atau menokok tambah butir-butir anda sendiri pada masa berkenaan. Setuju?? owhh sila angkat tangan sendiri ketika membaca kenyataan tersebut. Antara item yang berkaitan dengan tajuk saya sebagai contoh:-

*Nama~~~Siti Zabedah binti Kudus(maaf, takde kena mengena dengan yang hidup atau mati daa)
*Nama glamer~~~ BEDAH D BOM
*Darjah~~  4 Kuning Pekat
*Cita-cita                   ~~~Pilot, Doktor, Polis,Peguam dsbnya~~~
*Hobi                  ~~~Membaca buku, menonton TV, Mendengar radio , ~~~~
*Makanan/minuman kegemaran~~~~~nasi ayam & fresh orange.........ok cukup lah yerr..

Kemudian, cikgu-cikgu kita pula yang membuat kesimpulan mengenai kelebihan dan kekurangan yang perlu diperbaiki untuk tujuan peningkatan prestasi pembelanjaran kita. Plus, untuk recomendation utk kita masuk asrama penuh dan IPTA. Resume untuk apply kerja...anda akan menilai diri diri sewajarnya untuk mengagumkan para penilai masa sesi temuduga. Segala macam kepintaran , result kolej, sijil-sijil pasti akan disertakan sekali untuk memastikan kita sukses dalam temuduga berkenaan. Lagi?? sudah pastilah kita membuat huraian dan kesimpulan TERBAIK masa appraisal. Nak dapat bonus maa!!!! hahhaha

Perkara-perkara di atas adalah normal untuk semua orang mengikut peringkat umur. Selebihnya boleh juga diambil kira juga resume tak rasmi masa kita kena ayat  dengan boifren, tingkah laku yang sopan lagi suci bila first time jumpa bakal makpak mertua kannn..:-P


Sikap Negatif mula menular pada....

Ia..seperti ayat mukhadimah saya tadi, kanak-kanak adalah jujur..tetapi bolehkah anda nilai diri anda bilakah permulaan bagi segala tingkah laku  negatif anda??  Bila masa berlalu, kita mudah lupa siapakah diri kita sendiri. Bila semuanya ada di depan mata... pasangan sejati, kereta, kerjaya, family, sihat tubuh badan maka percayakah anda bahawa kita yang akan bergelut dengan masalah yang kita cipta sendiri dari segi hati, emosi, perasaan, kehendak, keperluan , keutamaan...ermm ...jangan bimbang kerana anda masih di konteks Manusia Normal lagi. Tetapi bagi sesetengah manusia , bila ditakdirkan atas sesuatu yang di luar jangkaan , trajedi yang tak di undang atau memang dilahirkan dengan kadar kemurungan yang melampau (depresi) , bersikap over confident, tikam dari belakang, suka melihat kejatuhan orang lain, bangga riak dan banyak lagi
, anda pasti akan menjadi tersangat kontra dengan nilai2 murni di zaman kanak2 dulu.


Masa demi masa, bila semua nilai negatif secara berterusan terkumpul dalam pemikiran, kita lebih cenderung kepada sikap memencilkan diri atau mula menjadi seorang pemarah. Tidak dinafikan juga faktor-faktor persekitaran seperti kerja yang tidak memenuhi kehendak anda, kawan-kawan yang tidak berapa memberansangkan , kaum keluarga yang tidak berapa nak saling sokong menyokong maka anda pasti dikelilingi dengan faktor negatif yang sangat banyak. Satu lagi yang penting bila sesuatu terjadi akibat dari pengaruh negatif ini , kadang kala kita akan mengakibatkan orang disekeling kita pula yang terlibat secara tidak langsung. Boleh jadi orang tersayang, keluarga, rakan sekerja atau yang tiada kena-mengena langsung pun boleh menjadi "mangsa" akibat dari tindakan kita itu.

Renunglah sejenak untuk Q & A pada diri sendiri..

Tiada niat pun di hati saya nak tunjuk bagus, semua orang melalui proses yang saya nyatakan di atas. Cuma yang membezakan adalah tahap dugaan yang diberikan  dan cara kita mengatasi pengaruh negatif tersebut. Tetapi jika kita terus-terusan tunduk ke bawah tanpa membuat apa-apa pun tak guna jugak. Cuba angkat kepala yang semakin sarat dengan faktor-faktor negatif tu dan renung kedepan sekejap. Tanya satu jer soalan pada diri sendiri? sampai bila aku harus terus bersikap begini?

Mari cuba berjalan, berlari anak dan terus berlari...

Soalan PANAS yang asyik membantutkan usaha kita berbunyi...BOLEH KE ...BOLEH KOT....ENTAHLAH...

Buanglah ia jauh -jauh dari kotak fikiran anda sebab akhirnya anda di takuk yang itu jugak. Tak kemana dan makin tensen..

Bagi pendapat saya, seorang wanita amat sukar menangani pengaruh negatif berbanding lelaki. Biasa perempuan kan lebih beremosi berbanding lelaki. Lelaki seperti kita tahu, lebih bersikap terbuka. ermmm...tetapi bila kita tahu taktik sebenarnya untuk membuang jauh-jauh sikap negatif itu, maka tak da satupun dapat menghalang kita dari bersikap positif dan positif dan positif.......


Pemerhatian

Pertama sekali, kita perlu pandang sekeling  Orang yang paling terdekat, tak kira kita suka atau menyampah dengan mereka. Perhatikan karekter mereka tu yang mana positif sahaja dan serap masuk dalam fikiran kita. Kemudian slowly cara kerja ke, cara bercakap ke, semua kita harus perhatikan. Saya suka jika secara tidak langsung saya terpengaruh dengan nilai positif yang diperhatikan. Sebagai contoh, rakan sekerja saya, namanya Patricia sangat -sangat tersusun kerjanya , barang-barang yang diatur dimejanya dan personaliti yang amat simple dan kemas. Tambah menarik lagi bila berpeluang untuk pergi ke rumah beliau, saya begitu kagum dengan susun atur yang begitu kemas di luar dan di dalam walaupun saiz rumah yang besar dengan corner lot lagi!!! saya berfikir sejenak bagaimana beliau mempunyai masa untuk itu semua. Jadi bila saya balik semula ke rumah saya secara automatik saya bersemangat untuk membuat perkara yang sama di rumah saya. Fida..orang yang sangat berketerampilan dalam memilih pakaian , warna-warna yang sesuai dan komen beliau mengenai fesyen amat mengagumkan saya. Kesannya...hehehe..baju2 saya mcm da bertambah cun je skang (angkat bakul la pulak ).

Rendah diri dan jangan ego..

PENGAKUAN IKHLAS .....

Satu ketika dulu ...saya memang seorang yang pendiam..diam je.takde pe melainkan diam...lepas tu kena "pijak" .bila kena pijak sekali saya pastikan tiada kejadian kedua yang sama akan terjadi.  Nilai positif yang saya dapat hasil dari kaedah " no 2nd chance" ni menjadikan saya senang nak buat keputusan, berani dan tambah keyakinan dalam diri . Lama kelamaan saya hilang pulak nilai untuk memikirkan sesuatu dengan lebih mendalam, baik buruknya sesuatu tindakan saya. Semua nak cepat , keputusan terburu-buru dan confident je apa yang saya cakap tu betul. Di situ ego saya mulai meninggi. Saya rasa saya hebat je sebab dulu saya slalu rasa tak konfiden atau diperkotak katik. Lepas tu lama kelamaan saya sedar eh apsal tone aku ni skang lain macam je...macam belagak plak..apsal aku asyik rasa tak puas hati je ni...hrmmm..syukur jugaklah baru-baru ni semenjak dua menjak bila ada kejadian yang menginsafkan diri ni saya mula mengendurkan tali keegoan saya.. Saya pandang ke bawah kembali dan cuba hari demi hari mengimbangkan apa yang sepatutnya. Bila da buat "balancing" pada diri sendiri ni saya mula merasa ketenangan..Ya..masih terlampau awal untuk saya kata saya da matang skit. Tapi saya dapat merasakan sesuatu yang berlainan bila buat sesuatu mengikut akal fikiran, hormat pandangan orang lain dan juga mengadaptasikan apa keputusan ,pengalaman , meskipun cara orang lain (yang positif ler )untuk mengharungi sesuatu perkara.

Menghargai semua dengan seikhlas hati...

Hidup bagai roda. Kadang di atas, kadang di bawah. Dulu masa kecil kita tiada semua apa yang kita mahu. Sekarang kita ada semua yang kita mahukan masa kecil dulu tapi kita mahu lagi...dan lagi...dan lagi...macam tiada penghujungnya. Kesan negatifnya kita jadi semakin TAMAK DAN TAMAK DAN TAMAK..Puncanya senang jer..

"Isk..kalau aku tak buat camni camtu sure RUGI ni!!!"

"Isk..kalau aku tak buat camni camtu sure org lain KEBAS ni!!"

"Isk..kalau aku tak buat camni camtu BANYAK MANA UNTUNG aku dapat ni!!

AHAAAAA....kata kunci nya RUGI, UNTUNG, KEBAS dan TAMAK


Kalau bahasa pasarnya ~~tindakan kita selalunya menjurus kepada "melepaskan tengkok masing2",


Saya mengaku saya juga begitu..siapa tidak?? tak kira pangkat, warna kulit, latar belakang anda semua...semua tak sempurna sebab kita manusia biasa sahaja. Tetapi saya dan anda semua harus paham kepada konsep..kalau mahu untung,taknak rugi, taknak terlepas peluang, dan mahu menambah apa2 yang patut kenalah ada MODAL nya...

Saya bagi contoh mudah la yea.

~kalau nak masuk syurga-kenalah tambah iman di dada(amin buat saya dan anda semua)
~kalau nakkan sesuatu-gunalah bahasa yang sopan lagi berhemah tinggi, cara yang profesional
~Kalau nak untung~fikirkan keuntungan yang orang lain dapat juga (win-win situation supaya tiada yang terbeban atau serba salah)

Dan banyak la lagi yang anda boleh fikir sendiri. Jadinya, kita akan terbiasa bersikap positf tanpa memikirkan sangat apa yang kita dapat sebab kita tidak lagi TAMAK..Tiada apa pun merugikan kita dengan apa yang berlaku jika kita redha je . Semua yang jadi ada hikmahnya. Mungkin juga apa yang kita anggap RUGI masa ni sebenarnya MODAL masa hadapan..jadinya hargailah setiap item atau individu dalam didunia ni , sebab mungkin ia mendatangkan kebaikan kepada saya dan juga anda kelak esok lusa.

Ermmm... kesimpulannya, saya suka jika kita semua hidup besederhana, tenang fikiran dan menghayati kehidupan dengan penuh sewajarnya..Maaf sekiranya kata2 saya di atas mungkin ala2 kelam kabut dan berbaur xtream sbb saya pun dalam proses pembelanjaran juga sama seperti anda. Kepada kawan2 saya yang mungkin tonyoh mata beribu kali tak percaya saya yang anda kenali telah menulis perkara2 di atas silalah terima hakikat . kini saya  telah melalui suatu fasa lain la pulek!!korang macam tak tau  I..MACAM2 HAL! hehehe

1 comment:

  1. Well said. Life is like a wheel. Sometimes u are up sometimes u are down. Be around positive people. Empower their (+) energy. Just take any mistakes in the past as a learning curve to move forward, not to repeat that again and always gratitude to Allah. Insyallah we will always be content and happy with our lives.

    ReplyDelete