BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 9, 2011

Saya yang suka curi sikap-sikap positif dari kamu, dia dan juga mereka

Pada zaman kanak-kanak tak kira anda seorang perempuan atau lelaki sudah pasti sekurang-kurang sekali anda pernah membuat BIODATA diri sendiri. Ia pasti ditulis di muka hadapan personal diari atau buku autograf bila dah hujung tahun mesti kita saling tukar menukar just in case kalau berpindah sekolah,habis UPSR or maybe habis SPM sekalipun. Setuju??? yeah...da tahu jawapan anda*mesti tengah tersenyum simpul mengenang kat mana la peginya buku tu*. Disitu proses mengenal diri sendiri telah bermula dimana kita mula berfikir apakah fakta-fakta yang ada dalam diri kita sendiri. Kanak-kanak adalah sangat jujur, anda semua memang tidak akan terfikir untuk bohong atau menokok tambah butir-butir anda sendiri pada masa berkenaan. Setuju?? owhh sila angkat tangan sendiri ketika membaca kenyataan tersebut. Antara item yang berkaitan dengan tajuk saya sebagai contoh:-

*Nama~~~Siti Zabedah binti Kudus(maaf, takde kena mengena dengan yang hidup atau mati daa)
*Nama glamer~~~ BEDAH D BOM
*Darjah~~  4 Kuning Pekat
*Cita-cita                   ~~~Pilot, Doktor, Polis,Peguam dsbnya~~~
*Hobi                  ~~~Membaca buku, menonton TV, Mendengar radio , ~~~~
*Makanan/minuman kegemaran~~~~~nasi ayam & fresh orange.........ok cukup lah yerr..

Kemudian, cikgu-cikgu kita pula yang membuat kesimpulan mengenai kelebihan dan kekurangan yang perlu diperbaiki untuk tujuan peningkatan prestasi pembelanjaran kita. Plus, untuk recomendation utk kita masuk asrama penuh dan IPTA. Resume untuk apply kerja...anda akan menilai diri diri sewajarnya untuk mengagumkan para penilai masa sesi temuduga. Segala macam kepintaran , result kolej, sijil-sijil pasti akan disertakan sekali untuk memastikan kita sukses dalam temuduga berkenaan. Lagi?? sudah pastilah kita membuat huraian dan kesimpulan TERBAIK masa appraisal. Nak dapat bonus maa!!!! hahhaha

Perkara-perkara di atas adalah normal untuk semua orang mengikut peringkat umur. Selebihnya boleh juga diambil kira juga resume tak rasmi masa kita kena ayat  dengan boifren, tingkah laku yang sopan lagi suci bila first time jumpa bakal makpak mertua kannn..:-P


Sikap Negatif mula menular pada....

Ia..seperti ayat mukhadimah saya tadi, kanak-kanak adalah jujur..tetapi bolehkah anda nilai diri anda bilakah permulaan bagi segala tingkah laku  negatif anda??  Bila masa berlalu, kita mudah lupa siapakah diri kita sendiri. Bila semuanya ada di depan mata... pasangan sejati, kereta, kerjaya, family, sihat tubuh badan maka percayakah anda bahawa kita yang akan bergelut dengan masalah yang kita cipta sendiri dari segi hati, emosi, perasaan, kehendak, keperluan , keutamaan...ermm ...jangan bimbang kerana anda masih di konteks Manusia Normal lagi. Tetapi bagi sesetengah manusia , bila ditakdirkan atas sesuatu yang di luar jangkaan , trajedi yang tak di undang atau memang dilahirkan dengan kadar kemurungan yang melampau (depresi) , bersikap over confident, tikam dari belakang, suka melihat kejatuhan orang lain, bangga riak dan banyak lagi
, anda pasti akan menjadi tersangat kontra dengan nilai2 murni di zaman kanak2 dulu.


Masa demi masa, bila semua nilai negatif secara berterusan terkumpul dalam pemikiran, kita lebih cenderung kepada sikap memencilkan diri atau mula menjadi seorang pemarah. Tidak dinafikan juga faktor-faktor persekitaran seperti kerja yang tidak memenuhi kehendak anda, kawan-kawan yang tidak berapa memberansangkan , kaum keluarga yang tidak berapa nak saling sokong menyokong maka anda pasti dikelilingi dengan faktor negatif yang sangat banyak. Satu lagi yang penting bila sesuatu terjadi akibat dari pengaruh negatif ini , kadang kala kita akan mengakibatkan orang disekeling kita pula yang terlibat secara tidak langsung. Boleh jadi orang tersayang, keluarga, rakan sekerja atau yang tiada kena-mengena langsung pun boleh menjadi "mangsa" akibat dari tindakan kita itu.

Renunglah sejenak untuk Q & A pada diri sendiri..

Tiada niat pun di hati saya nak tunjuk bagus, semua orang melalui proses yang saya nyatakan di atas. Cuma yang membezakan adalah tahap dugaan yang diberikan  dan cara kita mengatasi pengaruh negatif tersebut. Tetapi jika kita terus-terusan tunduk ke bawah tanpa membuat apa-apa pun tak guna jugak. Cuba angkat kepala yang semakin sarat dengan faktor-faktor negatif tu dan renung kedepan sekejap. Tanya satu jer soalan pada diri sendiri? sampai bila aku harus terus bersikap begini?

Mari cuba berjalan, berlari anak dan terus berlari...

Soalan PANAS yang asyik membantutkan usaha kita berbunyi...BOLEH KE ...BOLEH KOT....ENTAHLAH...

Buanglah ia jauh -jauh dari kotak fikiran anda sebab akhirnya anda di takuk yang itu jugak. Tak kemana dan makin tensen..

Bagi pendapat saya, seorang wanita amat sukar menangani pengaruh negatif berbanding lelaki. Biasa perempuan kan lebih beremosi berbanding lelaki. Lelaki seperti kita tahu, lebih bersikap terbuka. ermmm...tetapi bila kita tahu taktik sebenarnya untuk membuang jauh-jauh sikap negatif itu, maka tak da satupun dapat menghalang kita dari bersikap positif dan positif dan positif.......


Pemerhatian

Pertama sekali, kita perlu pandang sekeling  Orang yang paling terdekat, tak kira kita suka atau menyampah dengan mereka. Perhatikan karekter mereka tu yang mana positif sahaja dan serap masuk dalam fikiran kita. Kemudian slowly cara kerja ke, cara bercakap ke, semua kita harus perhatikan. Saya suka jika secara tidak langsung saya terpengaruh dengan nilai positif yang diperhatikan. Sebagai contoh, rakan sekerja saya, namanya Patricia sangat -sangat tersusun kerjanya , barang-barang yang diatur dimejanya dan personaliti yang amat simple dan kemas. Tambah menarik lagi bila berpeluang untuk pergi ke rumah beliau, saya begitu kagum dengan susun atur yang begitu kemas di luar dan di dalam walaupun saiz rumah yang besar dengan corner lot lagi!!! saya berfikir sejenak bagaimana beliau mempunyai masa untuk itu semua. Jadi bila saya balik semula ke rumah saya secara automatik saya bersemangat untuk membuat perkara yang sama di rumah saya. Fida..orang yang sangat berketerampilan dalam memilih pakaian , warna-warna yang sesuai dan komen beliau mengenai fesyen amat mengagumkan saya. Kesannya...hehehe..baju2 saya mcm da bertambah cun je skang (angkat bakul la pulak ).

Rendah diri dan jangan ego..

PENGAKUAN IKHLAS .....

Satu ketika dulu ...saya memang seorang yang pendiam..diam je.takde pe melainkan diam...lepas tu kena "pijak" .bila kena pijak sekali saya pastikan tiada kejadian kedua yang sama akan terjadi.  Nilai positif yang saya dapat hasil dari kaedah " no 2nd chance" ni menjadikan saya senang nak buat keputusan, berani dan tambah keyakinan dalam diri . Lama kelamaan saya hilang pulak nilai untuk memikirkan sesuatu dengan lebih mendalam, baik buruknya sesuatu tindakan saya. Semua nak cepat , keputusan terburu-buru dan confident je apa yang saya cakap tu betul. Di situ ego saya mulai meninggi. Saya rasa saya hebat je sebab dulu saya slalu rasa tak konfiden atau diperkotak katik. Lepas tu lama kelamaan saya sedar eh apsal tone aku ni skang lain macam je...macam belagak plak..apsal aku asyik rasa tak puas hati je ni...hrmmm..syukur jugaklah baru-baru ni semenjak dua menjak bila ada kejadian yang menginsafkan diri ni saya mula mengendurkan tali keegoan saya.. Saya pandang ke bawah kembali dan cuba hari demi hari mengimbangkan apa yang sepatutnya. Bila da buat "balancing" pada diri sendiri ni saya mula merasa ketenangan..Ya..masih terlampau awal untuk saya kata saya da matang skit. Tapi saya dapat merasakan sesuatu yang berlainan bila buat sesuatu mengikut akal fikiran, hormat pandangan orang lain dan juga mengadaptasikan apa keputusan ,pengalaman , meskipun cara orang lain (yang positif ler )untuk mengharungi sesuatu perkara.

Menghargai semua dengan seikhlas hati...

Hidup bagai roda. Kadang di atas, kadang di bawah. Dulu masa kecil kita tiada semua apa yang kita mahu. Sekarang kita ada semua yang kita mahukan masa kecil dulu tapi kita mahu lagi...dan lagi...dan lagi...macam tiada penghujungnya. Kesan negatifnya kita jadi semakin TAMAK DAN TAMAK DAN TAMAK..Puncanya senang jer..

"Isk..kalau aku tak buat camni camtu sure RUGI ni!!!"

"Isk..kalau aku tak buat camni camtu sure org lain KEBAS ni!!"

"Isk..kalau aku tak buat camni camtu BANYAK MANA UNTUNG aku dapat ni!!

AHAAAAA....kata kunci nya RUGI, UNTUNG, KEBAS dan TAMAK


Kalau bahasa pasarnya ~~tindakan kita selalunya menjurus kepada "melepaskan tengkok masing2",


Saya mengaku saya juga begitu..siapa tidak?? tak kira pangkat, warna kulit, latar belakang anda semua...semua tak sempurna sebab kita manusia biasa sahaja. Tetapi saya dan anda semua harus paham kepada konsep..kalau mahu untung,taknak rugi, taknak terlepas peluang, dan mahu menambah apa2 yang patut kenalah ada MODAL nya...

Saya bagi contoh mudah la yea.

~kalau nak masuk syurga-kenalah tambah iman di dada(amin buat saya dan anda semua)
~kalau nakkan sesuatu-gunalah bahasa yang sopan lagi berhemah tinggi, cara yang profesional
~Kalau nak untung~fikirkan keuntungan yang orang lain dapat juga (win-win situation supaya tiada yang terbeban atau serba salah)

Dan banyak la lagi yang anda boleh fikir sendiri. Jadinya, kita akan terbiasa bersikap positf tanpa memikirkan sangat apa yang kita dapat sebab kita tidak lagi TAMAK..Tiada apa pun merugikan kita dengan apa yang berlaku jika kita redha je . Semua yang jadi ada hikmahnya. Mungkin juga apa yang kita anggap RUGI masa ni sebenarnya MODAL masa hadapan..jadinya hargailah setiap item atau individu dalam didunia ni , sebab mungkin ia mendatangkan kebaikan kepada saya dan juga anda kelak esok lusa.

Ermmm... kesimpulannya, saya suka jika kita semua hidup besederhana, tenang fikiran dan menghayati kehidupan dengan penuh sewajarnya..Maaf sekiranya kata2 saya di atas mungkin ala2 kelam kabut dan berbaur xtream sbb saya pun dalam proses pembelanjaran juga sama seperti anda. Kepada kawan2 saya yang mungkin tonyoh mata beribu kali tak percaya saya yang anda kenali telah menulis perkara2 di atas silalah terima hakikat . kini saya  telah melalui suatu fasa lain la pulek!!korang macam tak tau  I..MACAM2 HAL! hehehe

Saturday, October 30, 2010

Perempuan tapi lelaki tapi perempuan..Sejauh mana penerimaan anda ?

Tajuk je yang agak berputar belit. Maaf dipinta sekiranya ada dikalangan kawan 2 saya atau dari kawan2 FB yang tergolong dalam golongan ini dan mungkin tersentap sedikit. Saya tidak bermaksud apa-apa cuma menceritakan apa pengalaman saya baru-baru ini. Saya pun bukan jenis yang suka menyentuh sensitiviti orang lain. Sangat tak suka kepada konflik yang tanpa diundang .Lagipun Siapalah saya. Hanya orang biasa-biasa je. tak rela kalau muka ni kena penampor free tak pasal..heheh


Saya dibesarkan di Kuala Lumpur sejak dari umur 9 tahun. Jadi latar belakang saya faham2 jela. Persekitaran, pergaulan, pergerakkan...ups!! don't get me wrong..saya berbangga mengatakan saya katak di bawah tempurung di zaman kanak-kanak dan remaja. Biar apa orang nak cakap.... saya memang tak dapek la nak merayap tak tentu hala, nak buat benda yang merepek2 ke. Itula nasib sebagai anak askar....kuikuikui..so kesimpulannya saya dok rumah jela.Kawan ngan adik beradik lagi best. Walau apa pun yang terjadi kt dunia luar tu saya tak amik pusing sangat pon. Yang saya tau mana2 pegi kalau exceed one hour memang nak kena sebat.


Bila da sekolah menengah pun masih dalam kepompong yang sama. Cuma ada sedikit tambahan item  dari segi pergaulan. Dulu sekolah menengah adalah semuanya perempuan. Kiri kanan semua perempuan Yang lelaki adalah cikgu sorang dua, tukang kebun,tukang kantin . Fenomena adik angkat , kakak angkat, secret admire memang menular habis la zaman tu. Saya tak nampak apapun keburukkan dari kegiatan berangkat-angkat tu. Yang pasti kreativiti untuk melukis, pen warna-warni ,kertas fancy2 memeriahkan suasana sekolah pada masa tu. Yela, tiba-tiba kan ada la makhluk Allah yang tolong paskan surat atau kad yang kreatif tu kepada individu yang diangkat atau diminati hanya semata  utk ucapan "good luck for your exam", take care ke dan sebagainya. Kalau sekarang bila difikir-fikirkan rasa kelakar jugak. Tapi orang kata mengikut trend la kira.. Orang nak berangkat, kita pun nak. Tapi mujurlah tiada apa pun di mata saya pada masa tersebut yang memesong atau menyongsang.. Tak nampak pun..


Berbalik semula kepada tajuk diatas, saya mengalami transformasi sedikit bila masuk ke tingkatan 4. Perwatakkan mengikut trend muzik pada masa tu..RAP, 4u2c la..KRU la,. Kesimpulannya, fesyen masa tu takde la style ayu2.Tak main la baby T ke, Jeans kotat2 ke,lipstick ke..Yang pasti baju mesti besau2 macam brand Billabong ke, Maui &sons, Kasut Dr Cardin, Snickers Converse, Cap , suar Jeans pattern boot cut ...cutting lelak plak tuhi!!aduhai...tak bley blah... awak da la pendeks, cinonet. Konfiden level tinggi gila sbb selamba je pakai cenggitu. Kira hebat la dressing macam tu .Nak 2 kalau dapat terlepas ke sg Wang untuk main game SEGA..hehehehehh..Sudah mulai mengumpul geng under ground sendiri. Tak pasti la macam mana tertubuhnya group ni. Tau2 da ada. Namanya adalah "Gangstar Paradise"...kuikuikui Siap tempah tshirt kat central market warna maroon, print nama2 geng kat blakang, gambo tulang ikan kat depan. Size yang paling besar hoccay.Kat mana la tshirt tu skang ni. OK dressing, group da cukup. Ahli2nya mestila sama genrenya...kaki kena denda ngan cikgu, kaki kutuk, kaki gelak, kaki bowling..huhuhu.. perwatakkan masing2 secara tak langsung pun menjerumus ke perwatakkan lelaki. Ada yang almost sama da mcm guy, ada yang suam2 kuku,ada yang hanya sekadar berambut pendek ada yang muka ayu habis tapi mulut ngan sore oh mak aii..ganazzz...ermmm tapi kitorang happy go lucky jer..sampai akhir SPM. Takde masalah. No heart feeling..takde makne hoccay ..


Skip zaman 20-an. Now saya bekerja di surrounding yang beratus2 ribu orang di dalam building ni. Lelaki, perempuan, yang tengah2. Semua tu saya tak amik port pun. Janji tempat saya carik rezeki maka saya perlu bekerja la jawabnya. Masuk bulan Oktober ni, saya kena duduk depan layan customer. Customer datang, customer pergi, customer fussy, customer baik, ok jalan jela!!...Saya hormat orang, orang hormat saya. Itu je rule yang hakiki kan dalam alam pekerjaan.


Lebih kurang 2 minggu lepas.


 Pelanggan A


Seorang budak perempuan yang baru berusia 22 tahun (kalau tak silap)


Sambil tunggu problemnya disettle maka menyinggah la dia kat tempat saya yang memang tempat feveret berlabuhnya punggung2 yang tak diundang itu!hoh!


Saya : "Apsal muka masam? Sorryla lambat sikit, biasalah orang ramai datang buat urusan kat sini. Tunggu kejap lagi kena panggilla tu.."..... Statement untuk mengcover diri supaya tidak dikatakan sombong...


Pelanggan A: " Owh bukan apa kak. ORANG baru frust ni kena dump.."


Saya :*sambil memerhati sepintas lalu gaya berpakaian* "Ala rilex la dik, belambak lagi girl kat luar tu" ayat bersifat open minded.

Pelanggan A:" Itu la kak, blablablabla...pujuk....balablabla...bagi bunga..blablablabla...." * dalam hati..APAKAH PERLU AKU DENGAR CITE ITEW?????????? semak da mula menular sambil berkata kat diri sendiri...hahhahaha...padan ler muka konon2 nak mesra2 alam

Saya: OK rileks. KO buat je kerja sungguh2. Buat OT ke...blablabla*

Pelanggan A:"ok kak tq for your advice..lainkali kita sembang lagi"

Saya:OK ..

Settle

Saya and kawan ni bercadang memenangkan jiwa kejap lalu buat keputusan untuk pergi ke %^(*^

Saya   :OK bape suma

Pelanggan A: * memberi arahan kepada staff nya* akak ni bagi 30% off

Saya: Syukran2!! hohohooho...owh..budak ni...

Pelanggan A: owh akak pakai henpon ni. leh la citcat pasni.

Saya: owhhh best lorr everytime 30% aku just PING minah ni settle.*opportunist lorr gue*

Maka kemudian diikuti dengan unnessary messages ...hi ...morning blablabla on my update status.gudnite..awak...AWAK?????  Dulu saya nyer 2nd girl pun umur cam awak..blablabla..gulp..APAKAH??
 Maka saya pun merasa seperti mahu $^&%(%!!#$&^%&^%!!!..delete nya dia settle. So kesimpulan nya tak payah pegi ke sana laie.

Pelanggan B

Seorang perempuan berumur 41 tahun. Datang hari berikutnya selepas Pelanggan B datanng di tempat saya.

Pelanggan B:" saya mahu buat urusan ni. Awak boleh tolong saya"

Saya             : "Oh ini perkara kecik je"

Pelanggan B: Saya berminat untuk melabur dalam dotdotdot ni lebih kurang banyak ni ..RMXXXXXX..bley bantu. tapi saya kesuntukkan masa sekarang . Maybe u boleh bagi henpon number .

Saya             : Ok takde masalah * dalam hati terpikir $$$ so dia ni ok kot. Takkan ler semak.

Maka di tengahari hari yang sama keluarlah pesanan 2 seperti...da lunch?, malam pulak...da tido?...
2 tiga hari ni pun asyik telefon office untuk sekadar tanya simple2 things yang boleh fikir dengan akal sendiri. Investment ntah ke mana..hari ni saya balik lambat kol 7 petang pun telefon lagi office..again tanya benda tak perlu.

Membuatkan saya terpinga2 seketika. Kenapakah kejadiannya ni berlaku serentak.

Owhhh...saya suka berkawan tak kira apa saiz, apa saiz rumah, kerja apa, jantina apa, status apa..tapikan please people out there jika ada matlamat tersendiri boleh dulu pandang kanan pandang kiri, jangan membuatkan orang merasa tak selesa dengan diri anda..

Saya suka menasihati diri sendiri juga bila berlaku kejadian ini. Maafkan saya jika saya berlaku sikap mementingkan diri sendiri. Atau saya bercakap main redah sukahati saya tetapi sebaliknya diri anda terluka atau tersentap...aminnnn

Sunday, October 24, 2010

Rambut oh Rambut

Idea oh idea..Bila masa saya tengah basuh pinggan ke, masa tuk melayan anak2 ke, atau tengah tengok tv ker, berlumba2 pulak idea untuk menulis datang. Tapi bila on je pc ni slalu jam pala otak ni nak tulis ape..Huhuhu...sebab saya juga bergelut dengan keyakinan sendiri adakah ia sekadar hangat2 tut tut ayam je..Tapi saya fikir jugak bukan lah perkara besar sangat item2 atau isu dalam penulisan saya ini. Sekadar mengalihkan apa yang bersarang dalam fikiran saya dalam bentuk huruf dan perkataan. Lagipun ia hanya berkisar kepada kehidupan saya sebagai perempuan dan wanita :-P

Isu kali ini adalah mengenai rambut dan kepentingannya dalam hidup. Saya mengaku dari zaman budak2 tak terdetik langsung untuk saya memikirkan mengenai kecantikkan dan penjagaan rambut. Maaflah kalau saya sebut di sini, saya dilahirkan dan dibesarkan dengan latar belakang yang agak "rock" dimana penghayatan dalam bidang kecantikkan agak kureng...Namun bukanlah maksud saya ianya suatu bentuk keluhan. Bila masa berubah , kita sendiri yang akan peka terhadap apa kehendak atau arah tujuan kita sendiri. Saya juga ada kepercayaan bahawa setiap apa yang kita perhatikan atau lalui di zaman kanak2 kita akan berusaha untuk mengubahnya bila dah sampai seru orang kata.

Dulu masa kecik2 saya belasah je sabun Lux la, sabun cap kapak lah atau paling kuat syampu yang paket2 kecik yang harganya RM0.30 je tak salah untuk membersihkan rambut. Tengok jugaklah iklan2 tv..syampu la, perapi la tapi tak ambik port pun. Tak kisah kerana rasanya zaman kanak2 dulu rasanya rambut saya tebal, bersinar2 je..juga based kepada gambo2 lama jugaklah ..heheheh


Kemudian beralih ke fasa remaja dan zaman study , pun still continue tak berapa nak ambil berat kecuali adalah saya baca2 sendiri dalam buku mengenai khasiat santan, daun bunga raya dan aloe vera untuk dipraktikkan di rambut. Syampu silih berganti- Still main bedal apa yang dipengaruhi iklan pada masa tu. Saya tak penah terfikir langsung mengenai rawatan rambut. Zaman ni pun saya biasanya berambut pendek. Saya tak suka nak bela rambut panjang sebab saya pun jadi minah rempit bawak motor pegi dewan kuliah dulu. So apekehal nak berambut2 panjang nye ...

Zaman start kerja, owh di sinilah saya baru bermula kerisauan saya mengenai rambut. Sebab saya naik LRT pegi keje ,Stesen KG Baru-Plaza Pantai. Saya da la tak cukup tinggi. Kang kalau orang nampak pulak kelemumur ker..da rasa tak best. Jadi saya pastikan syampu tiap2 hari..pakai syampu pantene..nak bagi kemas.saya rebonding je rambut..settle..

Ermmm..kemudian mengandung..rambut takde masalah sebab semakin bersinar2 dan lebat disebabkan perubahan hormom..huhu best2..TETAPI.......

Lepas deliver baby..dalam 5 bulan macam tu mulalah rambut ni gugur dengan kronik skali..tersangat kronik sehingga kadang2 da rasa malas nak syampu rambut sebab da macam beratus helai gugur.  Sedihnya. sampai kan tepi kepala kiri kanan da rasa botak pulak..terpaksa pulak tuka style rambut ke fringe style demi nak cover "kebotakkan" tanpa diundang ni. Sebabnya, sekali lagi mengenai perubahan hormon, atau kata orang2 tua,kalau bersalin maka semuanya akan bersalin,,kulit,,rambut..adeiii,,..sampai satu tahap saya siap subcribe package rawatan rambut worth RM 1800..kat satu saloon kat curve..bengong tol la..kopak duit kepada sesuatu yang tak perlu,Cuma perlu sabar je patutnya time tu.hrmmmm..

Sekarang anak yg bongsu pun da masuk 2 years..barulah slowly rambut tu tebal balik..cuma masalahnya takde masa nak take care rambut sangat..buat masa sekarang saya gunakan Loreal Expert Series. Sebab rambut currently dengan highlight and bleach haritu menyebabkan bila kena air terus keras and kesat. Ladi kesimpulannya memang dah rosak la. Sebab tu la kena korban duit skit pakai syampu Loreal ni khas tuk rambut rosak. Since December 2009 lagi da pakai and almost a year nampak la hasilnya. Rambut tak gugur sangat. pastu tak payah nak gi saloon lagi sbb treatment cream Loreal ni memang superb. Rambut yang kesat hasil dr bleach tu dah ok. Everytime syampu (dalam 2 hari or 3 hari sekali) cuma kena spend almost 45 minutes. Kira okla dr nak pegi ke saloon. Nak kuar umah lagi,nak tunggu lagi and nak menepis product2 yang dijual ngan kita lagi.. Jimat duit Jimat masa..Harga dalam RM 200.00 satu set untuk 4 months usage.


Untung sbb

Normal price untuk syampu biasa =average RM15 sebulan
Treatment kat saloon                   =Average RM60 sebulan
Total                                            =RM75.00



Itu part syampu..untuk tambahan saya baru beli Ramuan Penyubur rambut by Mustika Ratu. Tak nampak lagi hasilnya sbb jarang pakai, tak suka bau dialah..tapi saya beli sebab ada kawan office yang suggestkan dan rambut dia memang nampak ada improvement!! ermmm...kena bersungguhla pakai lepas ni nampak gayanya.

Friday, October 8, 2010

sindrom Hoarders...tak sangka ia merupakan penyakit.

2 hari ni,saya agak sibuk dengan urusan domestik dan logistik . Dalam suasana syawal lagi (last day!), semalam saya temankan mama saya untuk ke kampung saya di Ulu Yam Bharu untuk menjemput saudara mara last call sebelum majlis perkahwinan adik saya Dian ,pada 16 Oktober ni. Saya tertarik dengan sebuah rumah saudara saya yang sangat comel, cukup ciri2 kampung dan apa yang lagi membuat saya lagi tertarik adalah kemasan ke bahagian luarnya. Waduh2 kemas gila halaman rumah ni. Takde satu pun daun2 kering yang bersepah, susunan pasu2 bunga.yang rapi. Itu belum lagi kalau tengok keadaan di dLm rumahnya..Saya kagum kerana saya tidak boleh beat diri saya sendiri dalam urusan kemasan dan susun aturumah atau barangan2 maksudnya untuk mentenkan dalam keadaan yang sangat2 tersusun. Nasib ada pembantu, Alasan lain sebab 2 orang budak  kecik tu yang sentiasa ada aktiviti mereka..paham2 jela yo!.Jadi pendekatan saya sendiri utk mengelakkan rumah menjadi "tongkang pecah " adalah dengan mengekalkan jumlah perabut yang paling minimum dan saya amat gemar sekali memilih barang untuk DIBUANG..Iya, mungkin pada anggapan umum ianya suatu pembaziran tetapi saya mempunyai sejarah yang tersendiri untuk tindakan tersebut.

Kenapa munculnya isu ini? takde pulak pasal "my beauty obsession".Tukar angin kejap sebab saya tak sempat nak kupas pasal isu kecantikkan 2 hari ni . Dalam 2/3 tahun lepas , saya ada menonton Oprah Winfrey 's show.  Tertarik dengan slot beliau mengenai kesan "hoarding" dalam kehidupan manusia. Apakah Hoarding?? Sedarkah anda kadang kala anda bergelut dengan perasaan anda sendiri samada sesuatu item itu perlu dibuang. Alasan lain adalah

"Sayangnya nak buang"
"owh..ini mesti ada gunanya"
"Nanti 2 lah"
"Yang ni simpan dulu, nanti nak bagi kat orang"
"Sentimental value iya jugak,tapi tak le sangat"

Dalam rancangan Oprah tu, oh mak aiii..satu rumah tu penuh dengan barang 2 pastu adalah krew Oprah yang clearkan rumah lalu pindahkan kat satu kawasan lapang,satu gedung tak salah. Hasilnya, bersamaan dengan satu supermarket.!!Bila disusunkan  barang 2 tuan rumah tu ..tu dia baju dalam 2 /3 lorong, bebear pun siap leh beraturkan satu rak panjang, For more info kindly go  to http://www.oprah.com/community/thread/7808. Tapi tahukah anda bahwa ianya merupakan satu penyakit. Fuhhh....siap kena pergi terapi tau untuk orang2 yang mengalami masalah hoarding ni. Dahsyat jugak.

Rumah mak saya pun memang penuh sangat dengan barang, dulu2 masa saya kecik ada jugak saya buat jahat. Contohnya bila mak bapak saya pegi mana2 ke, saya akan pilih satu laci dan saya mula sortkan barang2 di dalamnya untuk dibuang.hehehe. Tapi saya jalankan aktiviti tu dengan cukup berhati2 sebab kalau terbuang benda mustahak , jawablah dengan Arwah Ayah saya yang teramat2 garang..:-P Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun bila kami semua membesar sudah tentulah brang2 semakin bertambah Bilangan keluarga sebanyak 6 orang.Sekarang bila ada yang berkahwin, beranak pinak lagilah. Lain orang lain keperluan kan. Makanya kadang kala bila saya jengah di rumah mak saya saya makin pening.huhu. *dan saya masih lagi continue dengan "secret mission " tu kalau ada kelapangan.* Slalu jugak saya terbebel kat mak . Tapi nak buat macam mana saya kena hormati pandangan mak. Hasilnya, mama saya mula mengumpul toyogo (tong plastik tu ler") pulak untuk diasingkan2 barang2 yang lama.Dan ditransferkan kat umah nenek saya di ulu yam yang kosong. Kesimpulannya. Kalau kita tak mampu atau sayang sangat2 dengan barang 2 kita, kita kena ada satu tempat penyimpanan yang praktikal supaya rumah kediaman kita tidak semak atau mungkin mengganggu urusan sehari2  . Sebagai contoh lain dalam rancangan Oprah tu, Dalam rumah yang diterjah tu sampaikan cuma ada satu lorong yang sempit je sebagai jalan dari satu bilik ke satu bilik. Horror jugaklah. Lagi siap ada satu timbunan pakaian dalam rumah! hadoi tak boleh imagine tapi ala2 terbeliak jugaklah saya menontonnya.   Memang kalau dalam satu jangka masa tertentu kalau kita tak jengah satu2 area dalam rumah kita, tanpa kita sedari memang berlonggok la barang2 tak perlu .

Seperti saya ,yang mempunyai kuasa beli yang amat tinggi lagilah perlu membuat perseimbangan sewajarnya.

Sebagai contoh beli 3 helai tshirt =3 atau carik tshirt2 yang lama2 yang memang saya tak pakai langsung untuk dibuang.


BUANG bukan lah bermaksud buang barang ,pakaian atau perkakasan anda di tong sampah. Ada banyak alternatif mengikut kebijaksaan anda sendiri. Sebagai contoh anda boleh jual di pusat pakaian terpakai, Menderma kepada rumah anak2 yatim, menderma kepada orang2 susah di kampung2, meskipun perabut. Atau mungkin ia boleh mendatangkan sedikit pendapatan kepada anda juga dengan mengiklankannya di internet, publish di Facebook atau macam 2 lagilah.


Jadinya, bila kenalan atau saudara mara saya menjengah di rumah saya maka ayat yang slalu kuar adalah...ehhh sikit je eh barang kat rumah ni...ehhh apsal rumah ni terasa lapang eh ..hahahhaha...sebab saya barang yang ada pun selagi boleh saya nak sort n let go..hrrrmmm...macam satu penyakit jugak la kan??...Apa2 pun saya cuba mengaplikasikan sikap ini untuk semua area yang patut. Bukan rumah je..contoh terdekat adalah wallet, handbag, kereta, tempat kerja dan sebagainya. Secara tak langsung ia mengajar kita menjadi seorang yang organized. Kepada yang mudah lupa seperti saya lagilah perlu menghidari sikap sebagai hoarders ni.

Wednesday, October 6, 2010

Roaccutane (isotretinoin) dan kiwi

Hari ni, terlambat bangun pukul 8 pagi. Saya terasa berat sangat badan. Pagi makan nasi lemak (terasa mengidam sangat2 yo)..Lepas makan ubat n supplement saya boleh sambung tidur balik!huhuhu..kalau da namanya MC haruslah ada waktu tidur yg tak sepatutnya.
Bangun dalam kol 10 saya terasa muka ni tersangat kering dan perit. Sudah seminggu saya under medication untuk Achne ,disarankan oleh Dato' Dr Biduwiyah binti Long,Ampang Putri Specialist (antibiotik, Roaccutane (isotretinoin20 mg) iaitu Vitamin A, Vitamin C dan Gel Adapalene)..*dapatkan nasihat pakar dulu ye.
 Roaccutane (isotretinoin)
Kebaikkan-Mengeringkan jerawat dengan efektif skali. Padanlah saranan doktor kena ambil selang sehari. Sebab kesannya dalam hari kedua pengambilan (maksudnya hari keempat).Dah nampak kesan yang ketara sekali, Jerawat semua kering, kesan  merah  hilang dan mengecut .
Keburukkan-Kulit terasa perit sebab ia juga adalah agent penglupasan kulit . Kesan lain anda boleh lawati blog ini

Dr.Biduwiyah juga menasihat kan saya agar tidak menggunakan produk yang mengeringkan kulit . On the spot saya berhenti memakai jenama Novalles Vissage dan  menggunakan semula produk yang saya gunakan setelah lebih kurang 2 bulan berhenti memakainya iaitu Jenama Clinique (pencuci muka, toner,sun block dan day cream). Tetapi mencuci muka dengan ala kadar sahaja kerana sudah mulai rasa pedih2 di muka.
Untuk Malam, saya gunakan Gel Adapalene seperti disarankan doctor. Disebabkan saya sekarang MC , ada kelapangan saya akan sapukan Bio Oil setiap 3 jam sekali. Hasilnya kulit yang hampir2 menggelupas menjadi stabil semula.
Pagi tadi setelah bangun untuk kali kedua saya cepat2 buka peti sejuk mencari apa natural sources yang perlu saya praktikkan di muka saya hari ini. Ermm Jumpa kiwi..saya potong 2 slices and terus letak kat mata selama 10 minit..best ..sejuk je rasa..cukup la.lepas tu saya ramas2 n lumurkan terus di muka..wahhh..terasa amat fresh. Bakinya saya buang kulit.saya ramas2 saya letak di bawah kipas angin untuk dikeringkan sebagai scrub. Ermmm...mudah dan pantaskan.
Sila baca petikan yang saya copy paste dr blog ini
"Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin."


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/06/khasiat-kiwi.html#ixzz11YReCsgb

Muka saya yang baru nak start treatment on 30/09/2010

Itu sahaja nukilan untuk hari ini..Tak sabar juga nak tunggu kiwi ni kering nak pakai malam kang..

Tuesday, October 5, 2010

My beauty Obssesion

Idamkan Mata yang bersinar  ?sekitar mata yang tidak kusam,
? warna yang sekata ? "eye bag" yang minima? adakah anda menjaga dengan rapi dan khusus bahagian mata anda??
Kadang kala saya terfikir, alangkah bestnya untuk keluar rumah tanpa pembayang mata, eyeliner atau Mascara.Tetapi masih menarik dipandang.Plus terasa amat selesa tanpa apa2 calitan kimia...bolehkah?jawapannya saya belum mampu sbb tidak konfiden. Sekurangnya saya akan pakai eye liner yag nipis. Baru ok rasa di hati.Huhuhu..Sebab itu Eyeliner adalah favourite item utk bahagian mata saya.

Eye Bag

Saya bersyukur kerana tiada masalah kronik utk "eye bag".Tetapi saya tidak pandang enteng tau. Beikut adalah tips yang saya praktikkan

Artificial source for for daily usage

-Membuang makeup mata dengan BIO Oil (RM35.00) sebersih2nya.. Tekap cotton wool tu lama skit dalam 10/15 saat barulah kesat perlahan2..jangan tonyoh n sabar ..perhati betul2 kesan makeup jangan tertinggal langsung esp di cerah2 bulu mata.
-Jangan tonyoh pencuci muka di bahagian mata dan sekitarnya kerana tekstur kulit Mata tidak sama dengan kulit muka.cukup sekadar basuh dengan air je atau cleanser yang skit sangat2 dan tekanan jari yang paling minimal.
-Sapu krim mata. Saya gunakan brand CLINIQUE~repairwear.(RM 80).sejak April 2010..ada teknik urutan mata demo by Clinique representative yang saya praktikkan juga. Hasilnya as at Oct 2010.eye bag yang reduce and lines pun reduce jugak.

Natural Sources for daily or weekly usage

Erm..jangan risau, jangan berat hati nak pakai sayur , buah, apa utk proses natural ini.

Buka je peti sejuk pilih je tomoto ke, timun ke,kiwi ke.lidah buaya.oren..tak penah plak dengar..potong jadi 2 slices letaklah kat mata.Selain itu bagi yang bujang beli je teh uncang lagi senang..rendam teh kejap dalam air putih,masak.pastu masukkan dalam peti sejuk .*prepare la sebelum budget nak wat proses ni ye.*.dalam 20/30 minit settle da proses tu. Plus secara tak langsung kita tak bergerak mana2 baring je.automatik kita akan tidak bercakap dan otak pun jadi relax.

Proses ni tak perlu pun sekali dengan mask muka. Cukup sekadar nak layan mata kita yang sejak pagi kita gunakan dan rehat utk ia sebelum kita tidur..settle kan.Mudah je.

Selain itu, cuba2 la makan /minum prune..ada banyak brand tapi saya slalu beli yang modelnya camelia tu..Minum sebelum tidur utk result yang optima. Owhhh..esok item yang perlu saya terjah adalah PRUNE INNERSHINES tu..

Facial treatment utk mata?? Saya rasa 3 bulan sekali sudah memadai kalau perkara2 di atas anda lakukan setiap hari.


SELAMAT MENCUBA!!
*waktu tidur utk mata yang sempurna utk hari esok*

Monday, October 4, 2010

Monday Blues~mata yang rabak...

Isnin yang tidak memerlukan saya bekerja terasa begitu indah. Saya berehat *atas nasihat doktor * untuk satu minor surgery sehingga 8th October..Cuti yang tidak untuk vacation, event , atau urusan official e.g bayar cukai pintu ke, bayar bill ke..It's just ..simply cuti.. untuk penghayatan kesihatan diri , rehat dari bekerja dan kesesakan jalan raya...

Ermm..sambungan dari part My beauty Obsession~~MATA~~

Dari kata2 berupa nasihat kepada diri sendiri saya berjaya melelapkan mata kurang dari 4 AM ..Caranya..buang segala buah fikiran , Baca doa tido berulang2 kali, bertasbih ..set kan fikiran saya perlu tidur untuk MATA ..Ermm..berhasil..Walaupun sebelum ini saya tahu bahwa perkara itu yang patut saya lakukan tetapi resmi manusia kita mudah lupa..jadi dengan penglibatan sebagai Blogger secara tidak langsung kita harus mempraktrikkan statement kita..KATA MESTI DIKOTA!!...hahaha

Untuk bahagian muka , kita cenderung untuk melupakan bahagian MATA.
Sbabnya,,dengan anggapan Ia boleh dicover oleh pembayang Mata, mascara atau bulu mata palsu, cermin mata..atau tiada masalah kronik e.g jerawat di bahagian mata*never heard*, kulit di sekitar mata tidak pernah kering.

Namun , saya percaya bahawa mata adalah aset yang paling dominan pada wajah seseorang. Mata yang menarik juga faktor kepada confident level yang tinggi.

Bagaimana utk mendapatkan MATA yang menarik..ingin saya kupas satu-satu apa persoalan atau solution yang sewajarnya .Owh kena buat study dulu.Harapannya saya punya masa hari ini.Idea pun tidak boleh bercambah sekarang kerana tidak cukup tido(4 am to 8 am) *Mata perit*..rehakan mata dengan tidak membuka notebook saya ni untuk satu tempoh.No facebook, no twitter, no blogspot..hehehe